BANGKOK – Seorang ayah tergamak mengantung anaknya dengan tali hingga mati sebelum bertindak membunuh diri dalam satu kejadian di Phuket, Thailand.
Lebih memilukan apabila kejadian tersebut disiarkan di penstriman langsung Facebook Live pada Isnin lalu.
Reuters melaporkan, bayi perempuan berusia 11 bulan itu ditemui mati tergantung bersama bapanya yang berusia 21 tahun di sebuah bangunan hotel terbiar dekat Sakoo berdekatan Pantai Nai Thon Beach.
Pegawai Polis, Leftenan Jullaus Suvannin berkata, mereka dimaklumkan berhubung rakaman berkenaan oleh rakan lelaki terbabit dan bergegas ke tempat kejadian.
“Mereka sudah mati sebaik kami tiba di sana.
“Ini adalah contoh terkini jenayah mengerikan ditayang secara langsung menggunakan rangkaian laman sosial,” katanya.
Menurutnya, sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa ditemui dalam keadaan disandarkan ke dinding di tempat kejadian.
Polis menyifatkan tindakan itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu dan dipercayai lelaki itu bertengkar dengan ibu kepada kanak-kanak terbabit sebelum kejadian.
Sementara itu, video kejadian yang dimuat naik di Fecabook lelaki itu memaparkan dia menunjukkan sebotol air, yang dipercayai air ketum.
Dia memberikan anaknya air itu dan dia sendiri mengambilnya sebelum mengikat tali di leher kanak-kanak itu dan menjatuhkannya.
Jelas kedengaran kanak-kanak itu menangis sebelum berhenti dan dia kemudian menariknya kembali dan membuang ikatan di leher kanak-kanak itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments