Monday, 24 April 2017

Video: Berang Anak Didera, Ibu Belasah Guru Tadika


BEIJING, CHINA - Viral video di media sosial China seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya, lapor Shanghaiist

Difahamkan, salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta dengan bayaran mahal setiap bulan mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh guru tadika. Tanpa banyak bicara, ibu kanak-kanak berkenaan terus datang ke tadika itu dan meminta untuk ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Berdasarkan rakaman CCTV mendapati, dua guru wanita dirakam mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil dan menyepak kerusi beberapa murid yang masih duduk ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti 'senaman' bersama beberapa murid yang lain.

Gagal mengawal kemarahan, wanita itu kemudian menarik rambut salah seorang guru tadika terbabit dan menendang mukanya bagi tujuan membalas dendam.


Sementara itu di media sosial, kebanyakan netizen bersetuju si ibu tidak menendang guru terbabit dengan cukup kuat. - The Reporter

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments