Thursday, 23 March 2017

Kekurangan Ruang, Flat Ditebuk Jadi Laluan Keretapi


KEBIASAANNYA tak ramai yang sukakan kediaman mereka berada di tengah-tengah kesibukan kota raya apatah lagi yang menjadi laluan utama kereta api.

Masakan tidak, bunyi kenderaannya itu yang cukup bising sudah pun menyesakkan telinga kita apa lagi kalau kediaman anda memang betul-betul berada di bawah dan di atas laluan pengangkutan awam tersebut.

Tapi hal itu tidak menjadi masalah buat penduduk di sebuah rumah flat di daerah Chongqing, China.

Satu terowong telah dibina di tingkat enam hingga lapan flat tersebut bagi dijadikan laluan buat kereta api aliran ringan terbabit.


Flat yang mempunyai 19 tingkat itu turut menjadi stesen perhentian dan sememangnya ia menjadi satu kelebihan buat penduduk flat berkenaan yang pergerakan mereka bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Menurut penduduk di situ, bunyi kereta api tidaklah sebising yang biasa didengari sebaliknya ia ibarat seperti bunyi bising sebuah mesin basuh yang memutar pakaian di dalamnya.

Kawasan sekitar yang turut digelar Mountain City itu mempunyai populasi penduduk sebanyak 49 juta dan mereka menyifatkan pembinaan rel kereta api di bangunan rumah adalah satu langkah yang cukup bijak berikutan masalah kekurangan ruang kosong yang sering dialami di negara komunis itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments