Beijing: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Wang Anna, terpaksa menjaga nenek serta moyangnya yang uzur selepas bapanya dipenjarakan sementara ibunya berkahwin lain.
Wang Anna, yang tinggal di kawasan pergunungan di Zunyi, barat daya China kehilangan bapanya yang dipenjara ketika dia baru berusia tiga bulan.
Ibunya yang tinggal di situ bersama mentuanya berkahwin lain selepas melahirkan Wang dan meninggalkan kanak-kanak itu bersama nenek serta moyangnya.
Akibatnya, Wang menjadi tulang belakang keluarganya, termasuk memasak, membersihkan rumah dan menjaga dua wanita tua di dalam hidupnya itu.
Bukan mudah menjaga nenek dan moyangnya kerana Wang terpaksa bangun awal setiap pagi untuk menyiapkan makanan mereka. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments