Kota Kinabalu: Biskut jenama Gery yang mengandungi tartrazine (E102) iaitu pewarna sintetik, selamat dimakan.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, pihaknya prihatin dengan dakwaan biskut jenama itu yang dijual di Sabah boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.
"Saya ingin jelaskan bahawa E102 adalah bahan pewarna sintetik yang dibenarkan penggunaan dalam biskut.
"Ini sebagaimana peraturan 135(2)(b) dan Jadual Ketujuh, Peraturan 21, dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Christina berkata, pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu keselamatan makanan bagi melindungi orang ramai. - mymetro
No comments:
Write comments