JIKA sebelum ini hangat bertebaran gosip mendakwa Adi Putra akan menceraikan isteri pertamanya, Aida Yusof, namun rupa-rupanya aktor tersebut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kedua-dua isterinya termasuk isteri kedua, Nor Shahida Zolkifly.
Perkara itu didedahkan aktor kelahiran Singapura itu menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
Dalam tulisan itu, Adi berkata, “Ramai yang bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 (aida) dan @marmobilespa (shahida). Pada rakan media yang saya hormati saya tidak ada apa-apa statement untuk diberi. Dan beri penghormatan pada Aida dan Shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih.”
Menurut artikel terdahulu, Adi dikatakan sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu terhadap Aida.
Adi berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia lima tahun, Zara Adelia Haadi.
Aktor berusia 36 tahun itu kemudiannya bernikah buat kali kedua dengan Nor Shahida, seorang pegawai kerajaan pada Jun tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments