PENYANYI Adele yang mengadakan konsertnya di Sydney, Australia semalam terpaksa memberhentikan sebentar persembahannya, gara-gara peminatnya terkena serangan jantung.
Pasukan perubatan paramedik mengambil masa selama 15-20 minit bagi memberikan rawatan segera kepada peminat tersebut.
Peminat wanita berusia 47 tahun itu kemudiannya dikejarkan oleh paramedik ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan insiden itu, Adele yang terkenal dengan gaya selamba dan lucunya ketika mengadakan persembahan dilihat sedikit murung selepas insiden itu berlaku.
Peminat memberitahu, Adele kelihatan sedikit murung selepas insiden itu berlaku dan dia benar-benar sedih dan bersimpati dengan keadaan kesihatan peminatnya itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments