Wednesday, 12 July 2017

Wow… Ini Model ‘Fashion Show’ Ke Atau Kabin Krew?


WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri perhatian dunia. Rekaannya yang begitu “boom” dan unik membuat kami terpaku, ini pertunjukan fashion atau kabin krew penerbangan?

Sebuah syarikat penerbangan di China, Hainan Airlines telah memperkenalkan rekaan uniform yang unik serta “stylish” untuk pramugara dan pramugari di sana. Sekali pandang, uniform tersebut seperti pakaian yang dikenakan dalam pertunjukkan fashion show tapi sebenarnya tidak!

Penghasilan uniform tersebut adalah hasil kerjasama antara Hainan Airlines dengan pereka fesyen Lawrence Xu di mana menjadikan pakaian tradisional China ‘Cheongsam’ sebagai ilham rekaannya.






“Kerjasama antara Hainan Airlines dan Lawrence Xu adalah untuk menaikkan lagi industri di China. Kami bukan sahaja memperkenalkan uniform baru tapi juga menunjukkan imej Hainan Airlines ke mata dunia. Terutama sekali perjalanan antarabangsa, kami ingin penumpang kami tahu bahawa China adalah negara yang moden dan trendy,” kata Xu Fei, yang merupakan pengarah jenama bagi syarikat penerbangan tersebut.

Keunikan uniform ini telah menjadi trending di sosial media apabila rata-rata netizen mengagumi hasil rekaan avant-garde yang diterapkan dalam penghasilan uniform tersebut. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments