SEORANG vlogger secara tidak sengaja telah mengalami keracunan selepas tersalah makan tumbuh-tumbuhan yang disangkanya lidah buaya ketika dia berbicara mengenai khasiat pokok berkenaan melalui live streaming.
Zhang, 26, sebaliknya makan pokok Agave Americana, iaitu sejenis pokok beracun yang berasal dari Mexico.
Video vlogger dari China itu yang mengalami keracunan berkenaan telah dirakamkan dan kini menjadi tular.
Pada permulaannya, Zhang makan mentah-mentah seolah-olah tumbuhan berkenaan sangat sedap namun tidak lama kemudian dia menyedari ada yang tidak kena.
“Pahit…ia amat pahit,’’ kata Zhang. Mulut Zhang menjadi kebas manakala tekaknya berasa panas. Zhang kemudiannya bergegas ke hospital.
Dia bernasib baik kerana segera ke hospital, jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk. Zhang juga diberitahu oleh doktor bahawa dia sebenarnya makan Agave Americana, bukannya lidah buaya.
Keadaan Zhang dilaporkan stabil. Menurut kolej pertanian Universiti Cornell, Agave Americana mengandungi toksid. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments