Wednesday, 5 July 2017

Lelaki Melayu Ini Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik


WALAUPUN agama menegah umat Islam daripada melakukan pembedahan plastik, namun hal itu ternyata tidak menjadi halangan buat seorang pemuda Melayu yang dikenali sebagai Amirul Rizwan Musa ini untuk melakukannya.

Nama Amirul menjadi tular selepas wajahnya persis watak anime menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Menurut Amirul atau nama glamornya Miyyo Rizone, dia menerima kecaman hebat daripada netizen selepas gambar wajahnya menjadi viral sejak dua minggu lalu.

Jejaka ini mengakui dia telah menjalani pembedahan wajah sejak tiga tahun lalu termasuk dua pembedahan di luar negara bagi mendapatkan wajah yang diinspirasikan daripada watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy bagi meneruskan kariernya sebagai model sejak tiga tahun lalu.

Amirul turut mendedahkan dia sudah berhabis hampir RM200,000 bagi membiayai kos pembedahan plastik secara berperingkat-peringkat sejak 2014.


“Sebelum ini saya sudah tular tetapi tidak sehebat ini. Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu selepas ditawarkan menjadi model.

“Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya.

“Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Anak jati Ketereh, Kelantan itu walau bagaimanapun bersyukur biarpun sering menerima kecaman orang luar namun masih ada lagi segelintir masyarakat memberikan sokongan serta tawaran kepadanya yang juga merupakan seorang model. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments