APA pula sambungan kes macam Malin Kundang yang semakin hangat diperkatakan semenjak dua menjak ni?
Pasti ramai yang sudah tahu mengenai isu perselisihan faham antara Sufi Rashid dan ibu kandungnya, Irma Suriana Mahamud.
Awal bulan baru bari ini, Irma telah meluahkan perasaan kecewa dan kecil hatinya terhadap anak yang seorang itu.
Tapi kini lain pula isu sekarang apabila bekas suami kepada Irma iaitu Arif Dollah telah membongkarkan rahsia bekas isterinya itu.
Katanya si ibu cuba untuk menagih simpati orang ramai dengan menipu bahawa dirinya sedang mneghidap penyakit buah pinggang tahap ketiga. Ehh betul ke ni ibu?
Soal sakit macam ni takkan boleh dibuat main pulak? Kalau jadi betul betul nanti diri sendiri yang menyesal.
Arif telah mengeluarkan kenyataan balas di ruangan komen Facebook mStar Onlineyang diselitkan artikel memaparkan Irma menyuruh Sufi memohon maaf kepadanya secara terbuka.
Sekarang siapa yang salah? Sufi ke? Ibu ke? Atau bekas suami? Haihh macam macam lah cerita sekarang ni…
Seeloknya kalau melibatkan hal keluarga, tak perlulah diperbesarkan sehingga meleret ke laman sosial. Diri sendiri juga yang malu nanti.
Pasti ada sebab yang tertentu kenapa pergaduhan ini terjadi. Kita cuma harap semoga hubungan anak-beranak ini tidak terputus kerana kejayaan seorang anak itu pastinya hasil doa si ibu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments