Tuesday, 11 April 2017

Tambah T’nG RM200 Tapi Cuma Dapat RM100 Jer?


PERNAHKAH anda menghadapi masalah ketika menambah nilai kad Touch ‘n Go anda? Jika ya, anda mungkin senasib dengan seorang pengguna ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.57 petang, Sabtu lalu, seorang pemandu hampir tidak perasan jumlah wang tambah nilai kad prabayarnya hanya ditambah RM100, sedangkan dia telah membayar RM200 kepada jurutol.

Menerusi perkongsian gambar daripada pengguna Facebook Wong KH, mujur dia menyemak dahulu baki wang tambah nilai pada resit yang diberikan kepadanya.

“Saya beri RM200 kepada jurutol dan memintanya untuk menambah nilai dengan jumlah sama pada kad saya.

“Namun, apabila saya semak baki nilainya cuma RM100 sahaja dan bertanya kepada jurutol. Dia hanya berkata ‘maaf maaf’ sebelum menambah baki tambah nilai,” tulisnya.


Tambahnya, dia merasakan terdapat pengguna lain yang turut berkongsi masalah sama dan memberi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa beringat supaya memeriksa baki pada kad selepas tambah nilai.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang seterusnya berkongsikan pengalaman masing-masing di ruangan komen.

“Pernah jadi pada saya… hari tu nak ke Singapore, beri RM300 kat jurutol tapi dia topup RM200 je, yang sedihnya dah sampai rumah baru sedar RM100 dia tak tambah,” kata Ali Sufian.

“I kena same thing, beri RM20 topup, tapi dapat RM10 je dalam kad TNG. Sedar benda tu bila time lalu dekat tol lain and resit pulak dia (jurutol) tak beri. Memang lepas ni memang saya mintak la resit dari lepas topop,” ujar Nadia Shamilah

Sementara itu Karhui Wong berkata: “Lain kali topup kat convenience store je bro, kekadang topup kat pandu lalu booth ni diorang pakai taktik ni nak songlap.” – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments