KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke rumahnya dengan menunggang basikal baharu yang merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini.
Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.
“Beliau (Adnan) kemudian mengambil basikal itu dan mengayuh kenderaan beroda dua tersebut mengelilingi bangunan Wisma Pahang sebelum masuk semula ke dewan dengan wajah gembira.
“Semasa sidang berhenti rehat tengah hari, beliau pulang dengan mengayuh basikal ke rumahnya di Kubang Buaya selama hampir 25 minit tanpa disedari ahli-ahli DUN yang lain,” kata sumber semasa dihubungi di sini, hari ini.

Menurut sumber, perjalanan itu yang sejauh kira-kira enam kilometer melibatkan laluan Jalan Gambut, Jalan Teluk Sisek sebelum ke Kubang Buaya dengan diiringi dua anggota polis trafik serta sebuah ambulans. – BERNAMA
No comments:
Write comments