BAGI seorang pemilik haiwan peliharaan, anda pasti mempunyai dilema apabila hendak meninggalkan kediaman untuk melancong atau bertugas di dalam mahupun di luar negara.
Pasti timbul pelbagai andaian di mana kadangkala anda sendiri berasa tidak yakin jika meminta pertolongan daripada ahli keluarga, lalu membuat keputusan untuk menghantar haiwan kesayangan ke kedai peliharaan haiwan.
Namun, lain pula jadinya dalam kejadian yang menimpa seorang wanita ini apabila kucing peliharaan yang ditinggalkan selama tiga hari di sebuah kedai haiwan peliharaan, mati secara tiba-tiba.
Apa yang lebih mengecewakan adalah jawapan yang diberikan oleh pekerja dan pemilik pusat jagaan berkenaan sangat tidak profesional dan seakan-akan ingin lari daripada tanggungjawab.
Jom kita ikuti luahan daripada pengguna Facebook Abel Cix atau nama sebenarnya Nurul Nabila, yang sudi menceritakan semula pengalamannya berurusan dengan pusat jagaaan haiwan tersebut.
Hari ini, genaplah setahun umur Bulus (kucing peliharaan), mungkin silap aku tak selidik habis-habis dahulu pasal petshop yang aku nak letakkan Bulus dan Baby semasa nak ke Thailand dulu dengan niat tinggalkan dekat petshop tu, ada yang jaga, ada yang akan tengok, tapi tak..
9 April 2017, jam 2 petang, bergerak ke Thailand dan 9 April 2017, jam 11.40 pagi aku hantar Bulus dan Baby ke petshop untuk servis “Hotel Kucing” dan macam yang dijanjikan aku akan ambil semula pada 17 April 2017.
Masa nak hantar aku dah pesan pada staff yang aku akan ke Thailand dan apa-apa jadi boleh refer aku di WhatsApp, jadi lepas dia check si Bulus dan Baby, semuanya okay dan sihat barulah diterima masuk ke situ.
Aku pun tinggalkan petshop itu, sayu aku tengok muka bulus nak kena tinggal, baby macam biasalah, mulut dia saja yang bising.
14 April 2017 jam 1 petang, aku gerak balik dari Thailand ke Malaysia dan 15 April jam 2.15 petang aku baru sampai ke Malaysia, sampai ke tarikh itu, aku tak terima apa-apa berita dari petshop berkenaan.
Jadi, aku anggap Bulus dan Baby tidak meragam di situ, jadi aku buat keputusan 16 April 2017 aku pegi ambil Bulus dan Baby dekat kedai itu memandangkan bada rasa letih dan penat sangat berkonvoi dari Thailand ke Malaysia.
16 April 2017 jam 11.30 pagi, aku pergi ke petshop berkenaan dengan semangat rindukan si Bulus dan Baby untuk bawa balik, tiba di kaunter, aku tunjuk resit untuk collect, staff lelaki petshop itu dengan tak ada reaksi bersalah atau takut kata.
“Kak, nak bagitahu yang kucing akak sekor tu mati.”
“Mati? yang mana?”
“Yang besar tu.”
Aku rasa nak menjerit pun ada, nak melaung pun ada, (yang bela dan hidup dengan kucing jer akan faham perasaan ni) sebab apa? sebab cara dia bagitahu macam aku ni kayu, macam tak ada perasaan.
Weh, sensitif sikit jadi orang, walaupun kucing yang mati, tapi aku yang bela dia macam anak aku sendiri, last-last kau bagi tau, “kak kucing akak dah mati,”perghhhhhh!
“Bila dia mati?” aku tanya, kawal lagi air mata ni, sumai tak tahu lagi ni, sebab dia tunggu dalam kereta.
“Dia mati 11 April, kami cuba telefon akak, mesej akak tapi akak tak balas.”
Nak terkeluar biji mata ni, “kenapa tak wasap,” saya dah pesan apa-apa wasap, saya tak ada kat Malaysia” dia dengan selamber pun jawap “terlepas pandang kak, customer ramai” nak terburai isi perut aku dengan alasan dia.
Ehh.. bo*** siaa, “kucing akak mati sebab sawan” aku bela dekat setahun, ni baru tinggal tempat kau tiga hari kau dah kata sawan? Petshop ini dapat kelulusan daripada mana pun aku tak tahu sebab ambil staff macam ni, konfiden level 200%..
“Kalau akak nak tahu kucing akak tanam kat mana, boleh refer bos.”
Hari ini, 17 April 2017 jam 2.25 petang, bos petshop tu telefon aku selepas aku minta nombor dia dekat staff tu, dengan angkuh dia cakap, “saya owner petshop tu, ada apa yer cari saya?” Aku pun cakap la “saya owner kucing yang mati tu.”
Aku cakap tak habis lagi dia sambung “Ohhh..kucing yang mati tu… saya dah buang,” kalau kau jadi aku sebagai tuan kucing, apa kau rasa bila orang yang tak bertanggungjawab cakap macam ni?
“Buang?? buang dekat mana?” dia dengan berlagak pun cakap “dalam tong sampah,” aku memang dah tak boleh nak cakap, jadi aku bagi suami aku cakap pula, masih si bos petshop itu bangga kan bisnes dia dah sepuluh tahun, kalau bisnes 10 tahun, tapi cara komunikasi dengan pelanggan pun layan macam sampah, kau silap la braderr.
Niat aku mula-mula pergi kedai kau, nak tolong majukan bisnes Melayu, tapi tersilap Melayu pula aku nak tolong, aku redha bulus mati, tapi aku terkilan cara staff dan kau sebagi owner layan pelanggan, kalau betul Bulus kena sawan ngam-ngam pula aku hantar ke petshop kau aku tak kisah, sampai ke hari ini, aku masih tunggu lagi kalau ada cerita lain di sebalik sawan ini, tapi tak ada.
Tengoklah video, nilai sendiri, kucing yang hidupnya selama setahun sihat walafiat, tak ada sebarang sakit, tak ada sawan tak ada apa-apa, tapi baru tiga hari letak situ, terus mati macam ni. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments