Wednesday, 19 April 2017

Hanya 15 Gaya Potongan Rambut Dibenarkan Di Korea Utara


Nama Korea Utara sejak kebelakangan ini dilihat sering menjadi sebutan serata dunia berikutan kes kematian adik tiri pemimpin mereka di Malaysia dan terbaru tindakan Amerika Syarikat yang dilihat telah mengerahkan skuad tempurnya ke semenanjung Korea sebagai tanda amaran kepada Korea Utara kerana ujian peluru berpandu dan nuklearnya.

Dari isu besar sampailah ke isu kecil mengenai negara ini semuanya di mainkan di media, terbaru sebuah artikel yang dipetik tulisan Portal The Sun, tahukah anda bahawa rakyat Korea Utara samada lelaki atau perempuan, mereka hanya dibenarkan memilih hanya 15 gaya potongan rambut.

Gambar panduan 15 pilihan gaya rambut itu telah muncil di seluruh Pyongyang di mana menunjukkan potongan rambut yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.

Untuk Lelaki


Untuk wanita


Apa yang menarik, dalam semua gaya itu, tiada satu pun gambar yang sepadan dengan gaya rambut yang dimiliki oleh pemimpin negara berkenaan iaitu Kim Jong-un.


Menurut seorang penggaya rambut di ibu negara, tidak ada seorang pun pelanggannya pernah untuk mencuba gaya rambut seperti Kim Jong-un, selain itu mereka juga tidak dibenarkan untuk mewarna rambut mereka seperti yang diminati oleh ramai orang di negara lain. - Siakapkeli

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments