Bagi sesetengah ibu bapa, tak ada masalah untuk membeli keperluan anak-anak sekolah. Namun ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mampu memberi segala yang diperlukan untuk anak-anak belajar.
Itulah yang ditemukan oleh seorang guru, Syafaat Nasir, yang terkejut apabila salah seorang anak muridnya membawa 'kotex' ke sekolah.
Bagaimanapun, isi dalam di dalamnya bukan lah seperti yang kita semua sangka. Menurut guru terbabit, sebaik sahaja dibuka, dia mendapati terdapat alatan mewarna di dalamnya.
"Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok." tulis beliau.
Kejadian sedih itu dikongsi oleh guru tersebut di akaun Twitternya hari ini.
Tapi itu bukan penghujung kisah berkenaan. Guru berkenaan kemudian menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baharu bersama satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.
"Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!" tulis Syafaat.
Kata Syafaat juga, selepas kejadian sedih itu dikongsi di Twitter, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang.
"Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!".
Ini sekaligus menunjukkan betapa pemurahnya orang Malaysia. Syabas semua!
Sumber: Twitter Syafaat Nasir
No comments:
Write comments