SELALUNYA makin tua, makin tak laku, namun berbeza pula jadinya pada pelakon kacak Faizal Hussein, apabila rezekinya semakin menjadi-jadi sehingga dia kini disunting menjadi pengacara di kala usia mencecah 50 tahun.
Meskipun ini merupakan perkara baharu buatnya, Faizal menganggap peluang menjadi pengacara sebagai penanda aras buat mencabar dirinya .
Menurut Faizal, dia bakal mengendalikan sebuah program 13 episod terbitan RTM berjudul Jejak Rezeki tidak lama lagi.
“Saya suka mencabar diri melakukan perkara baharu terutama yang sukar dan lasak. Program ini sendiri menguji emosi dan fizikal saya. Ia memaparkan kisah di sebalik kerjaya yang sesetengah orang tidak mahu lakukan.
“Antaranya seperti tukang sapu sampah dan penarik beca. Jejak Rezeki membawa saya menjelajah seluruh negara, dari utara hingga ke selatan. Inilah ruang untuk meneroka lokasi yang belum saya jelajahi sepenuhnya dulu,” katanya kepada BH Online.
Faizal memulakan karier seninya pada tahun 1982, dan antara filem lakonanannya yang sering menjadi bualan ramai adalah Gila-Gila Remaja.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25 menerusi filem Bunohan.
Faizal berkahwin dengana Suhaila Sulaiman pada tahun 2004 dan dikurniakan dua cahaya mata yang dikenali sebagai Fazryn dan Fazrick. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments