Wednesday, 15 March 2017

Viral: Wajah Pemandu Cuai Lawan Arah Tular Di Media Sosial


TIADA maaf bagimu! Itu yang dilontarkan netizen terhadap seorang remaja perempuan yang memandu kereta melawan arus hingga menyebabkan kematian di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah, Butterworth, Pulau Pinang, pagi Selasa.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial apabila sebuah video menunjukkan kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu remaja perempuan itu dalam keadaan melawan arus.

Akibatnya, seorang pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Perkongsian video berkenaan mendapat perhatian netizen dan akhirnya muncul pula gambar pemandu remaja perempuan itu beserta dengan butiran peribadinya.

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, remaja tersebut yang dikenali sebagai Ng Pei Ven atau Cindy Ng berusia 19 tahun dan berasal dari Sungai Dua, Butterworth.


“Maaf.. kami jarang sekali viralkan muka suspek atau mana-mana pesalah sekalipun. Namun kali ni tiada maaf bagi mu.

“‘Pembunuhan’ ini telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia memang marah kepada mu!

“Nyawa seorang suami yang baru berkahwin terkorban kerana kebodohan kamu Ng Pei Ven @ Cindy Ng ! Ini bukan kemalangan biasa. Ia sememangnya tak dapat diterima oleh sesiapa sekalipun!,” tulisnya.

Turut dikongsikan beberapa keping gambar Cindy yang bergelar Miss Popularity dalam satu program di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Boleh hukum gantung sampai mati tak? sebab dah terang lagi bersuluh. Akibat kecuaian sendiri, habis orang lain terlibat. berubah terus kehidupan orang lain yang tidak bersalah,” tulis Faizah Alias.

“Hukuman paling berat patut diberikan,” tulis Puan Adelia Abu.

“Atas alasan mabuk je tiket untuk bunuh orang.kalu macam tu buatlah satu undang undang yang lebih kukuh untuk menghukum tertuduh.kalau ikut undang undang British tertuduh di hukum ringan sebab mabuk,” tulis Rimon Sukor.


Pelbagai tohmahan yang diberikan netizen termasuk mendakwa pemandu tersebut berada dibawah pengaruh dadah jenis syabu dan mabuk.

Dalam kejadian 7.50 pagi arah ke utara, kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Pemandu terbabit, seorang model separuh masa di acara pelancaran dan pameran kereta, dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Biodata & Gambar Cindy Ng Pemandu Remaja Wanita Lawan Arus


Susulan kes kemalangan maut empat kenderaan dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi semalam telah menimbulkan kekecohan dilaman media sosial selepas gambar wanita yang di dakwa memandu melawan arus tular di facebook.

Isu semakin menjadi jadi apabila salah seorag mangsa maut Mohamad Fandi dikatakan meninggalkan isteri yang sedang mengandung 4 minggu.

Tidak diketahui dengan jelas punca wanita yang dikenali sebagai Ng Pei Ven @ Cindy Ng memandu melawan arus,namun menurut isu yang tidak sahih ada yang mengatakan dia memandu dalam keadaan mabuk.

Butir Pemandu – PFX 5865 (Proton Gen2)
Nama – Ng Pei Ven @ Cindy Ng
No KP – 98052307518
Umur – 19Tahun
Alamat – No.35, Lorong Murni 30, Taman Desa Murni, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Penang.



Ng Pei Ven @ Cindy Ng adalah seorang model yang pernah mengikuti pertandingan merebut mahkota “Miss Auto-City 2016” dan “Auto-City Cik Parti Queen 2016”. Acara itu telah menarik sehingga lebih 60,000 individu dan peminat kereta dari dalam dan luar negara. - Eberita

Pandu Lawan Arah Kerana Melarikan Diri Selepas Langgar Perodua Alza?

Menurut satu sumber, cerita sebenar sebelum Cindy Ng melawan arus dan merempuh Kelisa yang dinaiki oleh Mohd Fandi, Cindy telah melanggar kereta jenis Perodua Alza di tol Sungai Dua tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab dan pada masa yang sama bumper kereta Gen 2 miliknya tertanggal.

Oleh kerana panik, Cindy terus melarikan diri dengan melawan arus dari tol Sungai Dua menuju ke Butterworth dengan memandu laju. - tehpanas

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments