Thursday, 16 March 2017

Singkir pelajar wanita potong rambut pendek


Riyadh: Sebuah universiti Arab Saudi memberi amaran akan menyingkir serta-merta pelajar wanita yang memotong pendek rambut mereka atau berpakaian seperti lelaki. 

Menurut laporan yang disiarkan akhbar Okaz, pihak pengurusan Universiti Islam Imam Mohammad bin Saud mengeluarkan amaran berkenaan kelmarin dan penguatkuasaannya akan bermula bulan depan.

Universiti itu menegaskan, pelajar yang melanggar peraturan itu akan digantung serta-merta tanpa sebarang amaran. 

Larangan itu termasuk mahasiswi yang menggayakan rambut yang terlampau pendek yang dianggap sebagai bertentangan dengan ajaran Islam kerana meniru gaya lelaki. – Agensi/HMetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments