MENGEJUTKAN….seorang mak nyah telah dibelasah hingga maut di Brazil dan menjadi transgender kelima yang dibunuh di negara berkenaan dalam masa sebulan.
Sebelum dibunuh, mak nyah terbabit, Dandara do Santos, 42, telah diheret dari rumahnya ke jalan. Dia kemudiannya dipukul dan ditendang sehingga meninggal dunia.
Serangan itu, yang berlaku bulan lepas, turut dirakamkan. Ia kini mencetuskan kemarahan ramai yang mahu penyerang dibawa ke muka pengadilan.
Dalam pada itu, polis memberitahu, enam lelaki telah dikenalpasti terlibat dalam pembunuhan itu.
“Dua daripada mereka melarikan diri sebaik kita tiba di rumah mereka dan kini polis sedang memburu pembunuh terbabit,’’ kata jurucakap polis. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments