Saya kesal dengan polis Malaysia yang menganggap kes ini tidak ada kata Elice selepas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra membuat kenyataan bahwa tiada sebarang laporan dibuat sama ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Penampang dan mana-mana balai polis berkait kes viral warga asing koma dibelasah wanita bekas karate sabah.
“Orang ramai dinasihatkan mendapatkan pengesahan sesuatu berita itu sama ada benar atau palsu. Bukannya menyebarkan sesuatu berita sebelum disahkan pihak berwajib,”katanya semalam kepada Hmetro.
Bagaimanapun Elice berkata dia dan peguamnya tinggal menunggu masa sahaja untuk membuat repot polis dan dia sangat kecewa sikap polis yang mendakwa kejadian itu palsu sementara dia nyaris maut melawan penjenayah.
“Saya sangat kesal tindakan kerajaan malaysia yang menganggap kes ini tidak ada ,nevermind bah.sedangkan saya dah nyaris mati melawan dua warga asing yang ingin meragut dan ingin merogol saya pada tempoh kejadian, akhirnya kini kerajaan malaysia anggap kes ini tidak ada dan mereka tidak bertanggung jawab.
ya salah saya juga sebab saya tidak menghantar report kepada mereka, kalau blogger contac mana-mana pejabat polis pun saya tiada nama di balai polis sebab kerena tidak pergi buat report saja sampai mereka tidak bertanggung jawab so bukan saya tak nak buat report tapi saya ada peguam dan tunggu masanya peguam saya suruh buat report sebab kes ini kes mahkamah.
Saya tidak menyalahkan mana2 pihak polis..tapi tolong jangan anggap kes ini tidak wujud,kalau terkena badan atau anak2 kamu sendiri baru kamu tahu saya juga kesal sesetengah Blogger media yang memutar kan kes ini.
Saya sudah baca 1 persatu saya sudah cakap semasa dari tempat kejadian lagi kepada seorang blogger yang muncul pada masa itu,2 orang yang saya serang itu bukan saya langgar guna kereta saya…tapi skrg mereka tulis disitu saya langgar..dan banyak lagi mereka putar belitkan.
1 saya minta tolong jangan babitkan kes ini kepada Politik yang tidak lama lagi ,saya sedar saya bangsa DusunChinese dan yang 2 orang yang ingin meragut,merogol saya itu berbangsa Sulu,tapi kenapa kes mereka disembunyikan malahan kes saya tertular setiap hari,sehingga dianggap permainan.saya berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan Sabah kini amat selamat dan bebas peragut,perogol”
Sekian dan terima kasih sekali lagi
~ALICE LIEN HUA~
No comments:
Write comments