Monday, 13 March 2017

Dua maut dalam rempuhan konsert rock


BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala ramai lagi dipercayai cedera dalam rempuhan ketika penonton membanjiri sebuah konsert rock di Argentina, semalam. 

Pihak berkuasa berkata, kira-kira 250,000 menghadiri konsert terbuka yang menampilkan penyanyi terkenal Indio Solari dan kumpulannya di bandar Olavarria, pinggir Buenos Aires. 

Menteri Kesihatan Argentina, Jerman Maroni, berkata 10 orang dimasukkan ke hospital berhampiran, termasuk seorang wanita yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut saksi, ramai yang membanjiri pentas konsert ketika acara di Olavarria, sebuah bandar yang mempunyai 90,000 penduduk, iaitu kira-kira satu pertiga daripada jumlah penonton yang menghadiri konsert itu hingga menyebabkan kematian dan kecederaan. 

Kemalangan seperti itu pernah berlaku ketika tragedi pada Disember 2004, mengorbankan 194 orang akibat lemas dan melecur selepas bunga api dibakar ketika konsert di kelab malam Republica Cromanon di Buenos Aires. - AFP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments