Friday, 10 March 2017

Dihimpit Kontroversi: Dyana Sofya Terus Berdiam Diri


Bukan pertama kali dijengah dengan isu panas, sebelum ini empunya nama Dyana Sofya Mohd Daud pernah dihimpit beberapa kontroversi, namun tiada sebarang penjelasan yang dibuat sebaliknya hanya penafian sahaja.

Setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang ini sekali lagi ‘popular’ di laman sosial apabila dikaitkan dengan video Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang sedang sakan menari bersama seorang wanita mirip wajahnya.

Bagaimanapun, Dyana sehingga laporan ini diterbitkan belum memberi sebarang respon atau penafian terhadap penyebaran video yang dikaitkan dengan dirinya.

Utaranews melaporkan memang jelas wanita mirip wajah Dyana sedang asyik menari ghairah menggoda lelaki yang mirip dengan wajah Zairil tersebut.

“Hurmmm…., Mungkin Dyana ni dok pi clubbing dengan Zairil sebab dia nak release tension kot. Sama macam alasan yang dia bagi masa merokok di tempat awam. Tension sangat sebab tu la pi dok menari ghairah kat kelab malam.

“Bukannya ambil langkah berdiam diri je… Dyana patut tampil membersihkan nama dan maruahnya yang sudah banyak kali tercalar. Kalau dia diam je, ini bermakna memang betul la tu dirinya…, Dah la merokok tempat awam, lepas tu kaki clubbing pulak! Eshhh, teruknya!,” dipetik dari Utaranews.


Netizen menganggap perbuatan Dyana itu memalukan umat Islam dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Semalam, tersebar sebuah video seorang lelaki yang mirip Zairil berfoya-foya dan berpelukan dengan seorang wanita di kelab malam.

Zairil bagaimanapun menafikan dakwaan lelaki yang mirip dengan wajahnya itu adalah dirinya.

Netizen pula mendesak jika benar bukan dirinya, Zairil sepatutnya membuat laporan polis terhadap si pelaku yang memfitnahnya. -MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments