TAK cukup dengan videonya memberi amaran kepada lelaki bujang supaya jangan berangan hendak kahwin kalau malas kerja dan tidak ada rasa tanggungjawab.
Namun kali ini Farah Elmo tular sekali lagi menerusi perkongsian videonya mengutuk orang Melayu yang banyak komplen bila pihak perempuan letak hantaran tinggi hingga mencecah RM20,000.
“Bukan nak kata apa la kan, tapi melawak la orang Melayu kita ni, baru letak hantaran RM20,000 dah bising satu Facebook apa cerita haaa.
“Mok pok depa mungkin ada sebab letak hantaran tinggi, sebab-sebab dia yang femes ialah mok pok depa tak caya dekat angpa, bukan mok depa nok sangat duit angpa,” katanya.
Jelas anak mami ini lagi, hantaran tinggi yang diletakkan oleh pihak perempuan adalah kerana ibu bapa tidak percaya kepada bakal menantu mereka.
“Ada kes, setengah orang masuk minang RM20,000 macam angpa kena kan, tapi orang seterusnya masuk meminang kena RM5,000 ja, RM5,000 tak sampai RM1,000 jah pun kadang-kadang kahwin free je.
“Sebab apa, sebab mok pok depa percaya kat orang yang nak kahwin dengan anak depa tu.
“Esok hangpa ada anak baru hangpa ada akai, di situ baru hangpa nak pikiaq, hangpa kalo hanga jadik mok bapak pun hangpa nak sangat ke duit bakal menantu hangpa tu, hangpa nak sangat ke?
“Pikiaq…sebelum nak cakap tu pikiaq kepala hotak angpa,” katanya.
Video yang dikongsi sekali lagi menerima kritikan dan cemuhan hebat daripada kaum lelaki yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan.
Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya malah tak kurang juga mendoakan agar dia menjadi anak dara tua dek kelancangan mulutnya itu.
“Haram jadah cekik darah..reput la jadi anak dara tua..malang laki mana kawin dgn kau anak mami oii…hariaa hariaa rapla jingga aney,” tulis Luqman Al-Hakim.
Dan Najmi Bin Abdullah pula, “Ni kalau tampaq jerebu satu pineng. Mekap tebai 3inci. Mulut bising cam pungkoq ayam. Malang laki kau.”
“Maaf la.. Saya perempuan tapi sy xmnyokong yg minta hantaran terlampau tinggi ni.. RM20,000 bukan mudah untuk lelaki kumpul jumlah tu..kalau majlis sederhana tak cecah RM15,000 pun dah cukup..pandai2 la plan ikut kemampuan..yg nak sgt majlis grand, yg nak sgt RM20,000, pendapat saya kumpul lah sesama dgn pasangan kalau itu bukan kemampuan dia tapi itu kehendak awak..parents percaya and xpcaya tu, kalau itu dah pilihan anaknya percayalah pada lelaki tu..xkan untuk kpercayaan kita nak letakkan dgn nilai hantaran..and bagi saya, biarlah hantaran rendah, asalkan tak berhutang..skrg kawen punya pasal ramai yg bhutang..sekadar pendapat,” tulis Nur Indah yang tidak bersetuju dengan pendapat Farah. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments