Sunday 22 January 2017

Bodoh Sombong: Dia Buat Salah, Dia Yang Marah

Insiden pemandu lain yang membuat kesalahan tetapi kita yang dipersalahkan memang sering berlaku di mana-mana jalanraya. Begitu juga keadaannya yang berlaku kepada Lee Shervin dengan seorang pemandu wanita yang sombong.


Pemandu wanita ini telah memasuki lorong di depan saya tanpa memberi apa-apa isyarat untuk memotong, malah apabila dihon dia memandang sinis terhadap saya seolah-olah saya yang bersalah dalam kes ini.

Saya hanya biarkan dia berlalu pergi namun dia bagaikan tidak berpuas hati dengan insiden ini lalu memandu di depan saya secara membabi buta.

Tindakan membrek kenderaannya dengan sengaja di hadapan saya supaya saya melanggarnya dan akan menyebabkan dia tidak bersalah. Dia tidak tahu yag kereta saya mempunyai dash cam sehinggalah saya memberitahunya dan secara tiba-tiba dia mulai bercakap dengan penuh sopan.


Menerusi rakaman video ini, dapat dilihat saya hampir-hampir mengalami kemalangan. Malah anak perempuannya hanya menundukkan kepala sepanjang insiden berkenaan berlaku. Wanita itu juga telah menunjukkan isyarat lucah beberapa kali di hadapan anaknya dan saya juga disalahkan kononnya saya tidak mahu memberikan ruang kepadanya untuk memotong.

Sila berhati-hati dengan wanita ini yang memandu kereta Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WB9213N. Dia akan mencuba lakukan apa saja untuk membuktikan kononnya dirinya tidak bersalah sehingga sanggup menyebabkan dirinya dilanggar walaupun ketika itu dia membawa anaknya bersama di dalam kereta. - Koleksi Viral

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments