GARA-GARA memaki anggota polis selepas ditendang keluar dari sebuah kelab, seorang wartawan sebuah stesen TV telah dipecat.
Colleen Campbell, 28, berlaku biadap terhadap anggota polis terbabit selepas dihalau keluar daripada kelab komedi Hellium di Philadelhia kerana bercakap dengan kuat.
Selepas dihalau, dia juga cuba meludah seorang lelaki dan membuka kasut lalu menyuruh lelaki itu menghidunya.
Colleen, 28, bertugas di bilik berita PHL17 dan kadang kala membaca berita. Susulan kelakuan biadapnya itu, dia telah didakwa melawan ketika ditangkap.
“Saya rasa teruk. Ia bukan saya dan bukan cara saya bercakap serta dibesarkan. Saya terpaksa memadamkan semua akaun media sosial saya selepas menerima ugutan,’’ katanya yang mengaku minum dua gelas minuman keras pada malam kejadian.
Colleen turut memohon maaf kepada anggota polis terbabit dan memaklumkan dia tidak ingat apa yang berlaku pada malam itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments