JIKA sebelum ini banyak kes membabitkan pemandu kereta Uber dan GrabCar tetapi kali ini seorang pemandu teksi didakwa mengenakan caj melampau terhadap pelanggannya semalam.
Menerusi video yang dimuat naik Desty Rahma Wati, dia mendakwa dikenakan caj melampau oleh seorang pemandu teksi terhadapnya dan tiga lagi rakan.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakannya menggunakan perkhidmatan teksi dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Pudu Sentral dan setiap seorang mereka dikenakan caj RM15 setiap seorang bagi perjalanan yang jaraknya empat kilometer sahaja.
Lebih mengecewakan, mereka menerima layanan buruk apabila ditanyakan kadar bayaran yang dikenakan.
“You buka mata, you takda sekolah ka? Buka mata tengok mata satu teksi, Teksi 1 Malaysia mana satu,” kata pemandu teksi tersebut.
Menurut Desty yang berasal dari Indonesia, pada mulanya mereka dikenakan tambang RM4 tetapi selepas menaiki teksi tersebut, lain pula kadar tambang yang dikenakan terhadap mereka.
Dalam video tersebut, ada suara seorang wanita yang mempersoalkan meter bayaran yang berfungsi namun tiada angka bayaran yang dipaparkan pada meter tersebut.
“Tadi cakap RM4 tapi lain pula,” kata seorang wanita.
Bengang dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu teksi tersebut, seorang daripada wanita itu merakam video situasi ketika mereka menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen yang mahukan pemandu teksi tersebut dikenakan tindakan sewajarnya dan disiasat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments