MANJUNG: Mayat wanita berusia lingkungan 20an ditemui di tepi Jalan Simpang Lima, berhampiran Ayer Tawar di sini, hari ini.
Mayat ditemui ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada jam 1.30 tengah hari sebelum memaklumkan kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, mayat mangsa ditemui lengkap berpakaian dan masih memakai topi keledar.
Katanya, bagaimanapun identiti mayat yang dipercayai baru beberapa jam meninggal dunia itu belum diketahui.
"Punca kejadian juga masih belum diketahui, namun pemeriksaan pada badan mangsa mendapati mata mangsa bengkak dan ada kesan lebam pada tangannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kejadian. - BH Online
No comments:
Write comments