Monday, 19 June 2017

Gambar bogel bongkar cerita remaja dirogol teman lelaki


KUCHING: Gambar bogel seorang remaja 15 tahun dan teman lelakinya yang dikirim kepada penjaganya, seorang wanita melalui aplikasi messenger, membongkar “rahsia hitam” remaja tersebut.

Gambar itu membuka cerita bahawa remaja tersebut pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki berusia 24 tahun yang bertugas di TUDM Kuching, sekitar jam 3 pagi, 1 September lalu.

Justeru, wanita terbabit tidak membuang masa lalu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai memberitahu, sejurus menerima laporan tersebut, pihaknya telah melakukan siasatan terperinci.

“Difahamkan remaja kacukan Melayu-Pakistan itu dirogol kekasihnya yang berasal dari Sabah ketika mereka sama-sama mabuk di sebuah bilik hotel di Jalan Abell, dekat sini.

“Pemeriksaan doktor pakar sakit puan di Hospital Umum Sarawak kemudian mendapati terdapat kesan koyakan lama pada hymen mangsa.

Kata Abang Ahmad, bertindak atas laporan ini, suspek yang juga seorang lelaki Melayu kemudian ditangkap oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sekitar jam 2 petang semalam untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya lagi. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments