Wednesday, 28 June 2017

Prada Pula Jual ‘Paper Clip’ Harga RM795!


JIKA sebelum ini jenama fesyen Balenciaga dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru yang sekali pandang macam beg ikonik Ikea pada harga RM9,450, kali ini Prada pula mungkin perlu berhadapan kecaman orang ramai.

Ini kerana label mewah itu pula dikhabarkan mengeluarkan paper clip yang berharga mencecah hampir RM795 (US$185).

Paper clip yang dicetak dengan jenama Prada itu sebenarnya ialah money clip yang boleh diletakkan dalam dompet si pemakai.

Money clip ini dibuat menggunakan sterling silver yang berukuran 6.25 inci panjang dan lebar 2.25 sentimeter.

Kebanyakan netizen nampaknya tidak teruja dengan produk terbaharu Prada itu malah sempat memberi komen sinis berhubung perkara tersebut.

Antaranya Laura Vitale berkicau, “Ready for another round of ‘ridiculous things I’ve ever seen’? I present to you, a 185$ paper clip. I can’t. (Sudah bersedia dengan benda mengarut yang pernah anda lihat? Saya persembahkan kepada anda, sebuah klip kertas berharga US$185 (RM795). Saya tak boleh terima ini).”MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments