Thursday, 8 June 2017

Didakwa Membunuh Lepas Kekasih Maut Kerana Aids


SEORANG lelaki yang telah berkahwin, didakwa atas tuduhan membunuh selepas gagal memaklumkan kepada perempuan simpanannya bahawa dia menghidap Aids hingga mengakibatkan wanita itu meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Ronald Murdock, 51, didakwa membunuh Kimberly Klempner, 51, di mahkamah Ohio dan turut dikenakan ikat jamin sebanyak $1.5 juta.

Kimberly meninggal dunia pada Februari lalu. Dia dan Murdock melakukan seks tanpa sebarang perlindungan dan lelaki itu langsung tidak memaklumkan mengenai penyakitnya.

Mereka menjalinkan hubungan selama lima tahun.

Menurut laporan, isteri Murdock mengetahui akan kecurangan suaminya itu lalu memaklumkan kepada Kimberly bahawa suaminya menghidap Aids. Ketika itu Kimberly telah terlambat kerana dia sudah pun dijangkiti penyakit berkenaan.

“Dia sanggup melakukan apa sahaja demi lelaki itu. Tindakan Murdock yang menyembunyikan penyakitnya itu adalah sangat tidak betul,’’ kata anak lelaki Kimberly, Josh. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments