Monday, 26 June 2017

Ada hantu budak panjat katil, tidur di sebelah bayinya!


DEVON: Sebastian Evans, bayi berusia 18 bulan tidur di dalam katil bayi.

Ketika ibunya Laura Haigh, 39, dan Dean Evans, 42, memantau anak mereka melalui monitor kamera pemantau bulan lalu, mereka terlihat satu lembaga menyerupai bayi lain cuba memanjat katil dan tidur di sebelah Sebastian di rumah mereka di Plymouth, Devon, England.

Memerhati rakaman di monitor, pasangan terbabit menyedari terdapat objek seperti bayang-bayang mirip bayi lain berbaring di sebelahnya yang disangka mereka patung beruang berada di dalam katil bayi di sebelah Sebastian.

Ada ketikanya Sebastian membawa bersama anak patung beruangnya tidur.

Dean sangat berharap bahawa imej pada monitor itu memang patung beruang, tetapi kaget apabila memeriksa anaknya, dia mendapati Sebastian sedang tidur sendirian, tiada objek lain atau patung beruang di sisinya.

Namun, pada skrin monitor, imej tersebut masih muncul.


Laura, ibu kepada empat anak itu bagaimanapun berpendapat imej “hantu bayi” itu tidak berniat mengganggu tidur Sebastian.

Memetik laporan The Sun pada Jumaat, Laura mengaku, sebelum inki ada waktunya bayinya itu tersenyum sendirian di dalam katil bayi seolah-olah dia dapat melihat lembaga berkenaan.

Suaminya selalu berkata, “jangan bersikap bodoh tentang hal seperti itu, tapi selepas melihat kejadian tersebut, fikirannya terbuka sedikit, tetapi diam dan tidak suka menyebutnya.

Cuma pada malam itu, suaminya Dean bertanya, “adakah ia (imej) masih di situ?” dengan wajahnya sedikit risau dan takut.

Menurut Laura imej tersebut masih di situ sehingga 1.30 pagi ketika dia mahu memberi Sebastian susu.

Laura berkata, ini bukan pengalaman pertama paranormal keluarganya. Laura mengaku secara rutin terdengar bunyi di dalam rumah dan melihat gambar di dinding rumahnya terbalik.

“Saya rasa Sebastian dapat melihat imej tersebut kerana biasanya dia duduk di dalam katil bayi dan tersenyum memandang sesuatu,” ujar Laura

Dia kerap melihat Sebastian memandang di satu sudut melambai ke arah sesuatu yang tidak kelihatan.

Laura berkata, kadang-kadang mereka terdengar bunyi budak berlari di tingkat atas, padahal tiada sesiapa di tingkat atas,.

Bahkan, ketika itu anak-anaknya tidak berada di dalam rumah. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments