Tuesday, 20 June 2017

Tidak Makan Selama 9 Tahun


BUKTI saintifik menunjukkan berpuasa pada tempoh tertentu boleh memberi kesan positif ke atas kesihatan, tetapi pasangan suami isteri dari California mendakwa mereka tidak menjamah makanan berat selama sembilan tahun kerana hanya bergantung pada kuasa alam semula jadi.

Akahi Ricardo, 36 dan isterinya Camilla Costello, 34, menikmati hidangan terakhir mereka pada 2008, sebelum menjalankan gaya hidup tanpa makanan.

Mereka mendakwa, manusia boleh hidup sihat tanpa makanan, selagi berhubung dengan ‘tenaga yang wujud di dalam semua benda dan menerusi pernafasan'.

Tambahan pula, Costello mengatakan gaya hidup ini lebih murah, membenarkan dia dan suaminya untuk membelanjakan duit dengan mengembara daripada membeli bahan masakan.

“Selama tiga tahun, saya dan Akahi tidak makan apa-apa dan sekarang kami hanya makan beberapa kali ketika bersosial atau jika saya ingin merasa buah.

"Semasa muda, berat badan saya tidak stabil tetapi selepas mempunyai dua orang anak, badan saya kembali ke bentuk ideal.

"Saya tidak pernah mengalami sindrom prahaid lagi dan emosi saya lebih stabil,” ujar Camilla.

Pasangan itu bertemu pada 2005 sebelum berkahwin tiga tahun kemudian, dan mengetahui tentang gaya hidup ini dari seorang rakan.

Mereka tidak terus berhenti makan serta-merta, tetapi mereka berusaha untuk merealisasikannya dengan mencuba memakan sayuran sahaja, tidak memakan makanan bersumber haiwan dan kemudian makan buah sahaja.

Proses dinamakan sebagai ‘21 hari proses bernafas’ iaitu melibatkan tujuh hari tidak makan, tujuh hari minum sedikit air dan jus yang diperah serta, tujuh hari dengan hanya minum air dan jus yang diperah.

Menurut Ricardo, langkah 21 hari proses bernafas adalah sangat hebat dan merupakan tangga untuk mencapai potensi yang lebih banyak.

"Proses ini membantu menjelajahi pernafasan dan kehadirannya di dalam hidup kami, menunjukkan kita boleh hidup tanpa makanan dengan adanya udara.

"Dahulu, saya selalu makan banyak-tetapi saya tidak lagi berasa lapar sejak 2008,” katanya.

Pasangan itu tidak makan apa-apa makanan sebenar tiga tahun selepas tiga tahun kemudian, termasuk ketika Camila mengandung. Dia berkata dia makan makanan ketika dia mengandung tetapi tidak pernah berasa lapar, jadi dia melalui tempoh mengandung dengan teknik itu. 

“Saya tidak mempunyai keinginan dan kemahuan untuk makan makanan sebenar sepanjang tempoh sembilan bulan mengandung dan hanya makan sebanyak lima kali, dan semuanya ketika bersosial,” kata Camilla.

“Saya juga memastikan anak saya menerima kasih sayang dan ini akan membenarkannya hidup sihat di dalam rahim.

“Saya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan bayi lelaki saya sangat sihat," katanya.

Kini, Ricardo dan Camilla mengakui mereka jarang makan, mungkin hanya tiga atau empat kali setiap minggu, tetapi tidak pernah berasa lapar. 

“Saya dan Ricardo hanya makan sekali sekala sahaja. Saya mungkin akan makan sayur, jus atau segigit epal dengan anak-anak. Kadang-kadang, kami akan minum segelas air.

“Anak kami menyedari tentang cara hidup ini dan kuasa tenaga yang wujud di alam dan di dalam diri mereka, tetapi kami tidak akan mengubah mereka dan kami membenarkan mereka makan apa sahaja yang dimahukan- sama ada jus, sayur, pizza atau aiskrim.

“Kami mahu mereka menikmati rasa yang berlainan dan mempunyai hubungan yang sihat dengan makanan sepanjang mereka membesar.”

“Ia adalah tidak adil untuk menekankan gaya hidup ini terhadap anak kami pada usianya sekarang, tetapi mungkin apabila mereka besar, mereka akan mula mencuba," kata Camilia. - mStar

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments