Thursday, 22 June 2017

Raja Thailand Ditembak Peluru Pistol Angin Mainan


BERLIN – Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn menjadi sasaran dua budak nakal tempatan yang berjaya menembaknya dengan menggunakan pistol pelet getah.

Insiden pelik tersebut berlaku ketika baginda sedang berbasikal di Bavaria, selatan Jerman, kata seorang pendakwa raya semalam.

“Saya mengesahkan pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) dua budak lelaki menembak pelet getah menggunakan pistol angin mainan terhadap sekumpulan penunggang basikal termasuk Raja Thailand.

“Dua budak lelaki itu masing-masing berusia 13 dan 14 tahun,” kata jurucakap pendakwa raya bandar Landshut, Thomas Steinkraus-Koch.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengesahkan sama ada Vajiralongkorn terkena peluru pelet yang ditembak oleh remaja berkenaan.

Tambahnya, pembantu Vajiralongkorn sudah memaklumkan kepada pendakwa raya bahawa baginda tidak pula berhasrat mengenakan dakwaan terhadap remaja itu.

Vajiralongkorn menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada Oktober lalu.

Walaupun ditabalkan sebagai raja Thailand yang baru, Vajiralongkorn lebih banyak menghabiskan masa di Jerman tempat bagainda memiliki beberapa hartanah di Bavaria. – AFP/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments