PADAH cuba menceroboh, seorang lelaki ditahan polis selepas melarikan diri ke bumbung sebuah rumah yang diceroboh dalam kejadian di Kampung Lutong Batu, Miri, Sarawak, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, penjenayah yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tersangkut di atas bumbung rumah berjaya ditahan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.
Menurutnya, bomba menyediakan tangga bagi membolehkan polis naik ke bumbung.
Jelasnya, suspek dibawa turun dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.
Difahamkan, semua penghuni rumah berkenaan masih bercuti di kampung sempena Aidilfitri. - MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments