TIDAK menggunakan lampu signal semasa membelok atau menukar laluan merupakan antara salah satu penyumbang utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Jika ingin memotong kenderaan di hadapan misalnya, ada cara dan kami percaya rata-rata dalam kalangan pembaca Mynewshub mampu menggunakan lampu signal dengan betul, bukan boleh potong macam itu sahaja tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain.
Bagaimanapun, sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini rakaman video tiga individu bertikam lidah di tepi lebuh raya gara-gara tidak memberikan lampu signal.
Dalam rakaman itu, ia menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam menjerit memarahi lelaki berpakaian pejabat itu tanpa memberikan ruang kepadanya untuk beri penjelasan.
“Abang tak bagi signal lepas tu main masuk je lorong saya. Bila dah terlanggar lepas tu abang kurang ajar, tunjuk ‘but*h’ (jari tengah) kat saya,” kata pengadu.
“Saya dah masuk separuh jalan, kan? Lepas itu awak tekan minyak laju kenapa?” balas pemandu berkenaan.
“Abang tak bagi signal, lepas tu kurang ajar tunjuk ‘but*h’. Kau ingat kau siapa?!” jerit pengadu.
“Habis kau langgar kereta aku, tak fikir?” kata lelaki itu lagi.
“Mana ada kitorang langgar kereta you? You yang langgar kereta I,” kata perakam video.
“Aku masih hormat dan panggil kau abang lagi tapi kau tunjuk kat aku ‘but*h’,”kata pengadu.
Sepanjang video enam minit itu, masing-masing tetap tidak mahu mengalah dan akhirnya perakam video meminta lelaki terbabit pergi ke balai untuk minta pendapat pegawai polis bagi menentukan siapa yang salah.
Sementara itu di media sosial, netizen sekadar ‘geleng kepala’ malah mahu mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan enggan peduli kejadian yang tidak sepatutnya tular itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments