Wednesday, 28 June 2017

Wanita China Baling Syiling Ke Enjin Pesawat


SHANGHAI – Seorang penumpang yang berpegang kuat kepada kepercayaan karut melambatkan jadual penerbangan dari Shanghai, selepas membuang syiling ke dalam enjin pesawat kerana percaya ia akan membawa tuah.

Pegawai China berkata, wanita warga emas itu ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, susulan insiden pelik itu yang memaksa 150 penumpang dipindahkan dari pesawat menuju ke Guangzhou di selatan China.

Wanita berusia 80-an itu melemparkan sembilan syiling ke dalam enjin pesawat CZ380 milik China Southern Airlines ketika dia menaiki pesawat itu.

Polis lapangan terbang berkata, lapan daripada sembilan duit itu gagal mencapai sasaran tetapi satu berjaya memasuki enjin itu.

Katanya, seorang penumpang melihat perbuatan wanita itu sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut Beijing Youth Daily, wanita itu melancong dengan suami, anak perempuan dan menantunya. – AFP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments