KUALA LUMPUR – Mayat mangsa lemas, Taufik Alias yang hanyut dibawa arus deras di Batu 14, Sungai Hulu Langat petang semalam baru sahaja ditemui tadi.
Sumber polis berkata, mayat mangsa yang berusia 24 tahun ditemui di Tanjung Niah, Batu 14, Kajang kira-kira jam 3 petang tadi selepas 14 jam hilang.
Semalam, rakaman video seorang lelaki cuba menyelamatkan motosikalnya yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di kawasan Batu 14, Hulu Langat, turut hanyut dibawa arus deras.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan tentang kejadian, berusaha untuk mencari dan menyelamat mangsa. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments