Sunday, 18 June 2017

Masyarakat Sanjung Nilai Keislaman Dyana, Zairil DAP


KUALA LUMPUR – Nilai-nilai keislaman yang tinggi dalam diri dua tokoh Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dan Zairil Khir Johari wajar dicontohi oleh golongan muda muslim negara ini.

Kedua-dua mereka bukan sahaja menyertai majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan kepada umat Islam, malah menghadiri majlis-majlis tahlil sekali gus membuktikan ciri-ciri muslim yang ampuh pada diri pemimpin DAP.

Pada 13 Jun lalu, Dyana Sofya berbuka puasa bersama ibu-ibu tunggal di Sungai Samak, Teluk Intan, Perak anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan memberi sumbangan Ramadan kepada mereka.

Nilai keislaman yang tinggi ditonjolkan Dyana Sofya waktu itu membuatkan penduduk Islam di kawasan berkenaan berasa teruja dan bersyukur dengan kehadiran wakil DAP terbabit.


Dyana Sofya kemudian mengedarkan kurma dan bubur lambuk di Taman Karentina dan Desa Aman seperti yang beliau war-warkan di media sosial baru-baru ini.

“Terima kasih warga ibu Sungai Samak dan tahniah kepada Puan Rosinah, Ketua Wanita PKR Teluk Intan atas kejayaan program ini,” kata Dyana Sofya di Facebook.

Beberapa hari kemudian Dyana Sofya singgah sahur di hospital, ibu pejabat polis, balai bomba dan jabatan perkhidmatan awam di Teluk Intan.

Zairil pada Ramadan ini mengagihkan bubur lambuk, berkunjung ke madrasah-madrasah, memberi sumbangan kepada orang ramai, anggota polis dan bomba yang berpuasa.

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai muslim,” katanya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments