Saturday, 15 April 2017

Lelaki ditangkap cuba tukar wang kertas palsu RM10k di bank


KUCHING: Lagi kes wang kertas palsu di Kuching dan kali ini melibatkan 10 keping wang kertas lama RM1,000 yang cuba ditukar dua lelaki di bank dengan wang kertas terkini pada Rabu lepas.

Pengedaran wang kertas RM1,000 dan RM500 dimansuhkan 1 Julai 1999 dengan pihak yang masih menyimpan wang tersebut boleh menukarnya di mana-mana cawangan Bank Negara.

Pemansuhan itu dilakukan bagi menyekat orang ramai daripada membawa keluar wang berkenaan ketika negara berdepan krisis ekonomi dan kewangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superintenden Mustaffa Kamal Gani mengesahkan polis menahan seorang lelaki warga China, 48, dan seorang warga tempatan, 49, sekitar 1.30 petang Rabu lepas.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 489 Kanun Keseksaan.

Dalam siasatan awal suspek mendakwa membawa wang kertas berkenaan dari China.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments