Seorang ibu yang di kenali sebagai Aspin Ekwandi tidak dapat menahan air mata apabila dia terpaksa menyembunyikan jenazah bayinya yang baru lahir dalam beg kerana tidak cukup wang untuk menyewa sebuah ambulan.
Tidak hanya itu, ibu beranak 3 ini juga terpaksa menaiki bas mini untuk membawa jenazah tersebut ke kampungnya Desa Sinar Bulan Bengkulu.
Aspin yang mengandung anak ke-4 di sahkan mengalami kelainan paru-paru dan jantung sehingga harus dilakukan pembedahan Caesar pada 5 april lalu di hospital M Yunus di Kota Bengkulu. Namun bayinya meninggal dua hari kemudian.
Ketika hendak membawa pulang jenazah, pihak hospital enggan memberi kerjasama jika tidak menyediakan wang sebanyak 3 juta bersamaan 1 ribu ringgit.
Aspin yang tidak memiliki jumlah wang itu tertekan dan panik hingga akhirnya dia terpaksa memasukkan jenazah bayi dalam beg dan dibawa pulang.
Menurut Aspin dia menghubungi abangnya dan berlakon menjadi suami untuk membawa beg tersebut.
Didalam bas, pemandu meminta untuk meletakkan beg tersebut dalam bagasi, namun beliau memberikan alasan didalam beg tersebut ada kek untuk acara pernikahan saudaranya.
Sepanjang perjalanan di dalam bas itu, Aspin memeluk beg berisi jenazah anaknya sambil menahan sedih atas nasib yang menimpanya. Sampai di kampung jenazah tersebut terus dikebumikan.
Datuk bandar kota Bengkulu, Irsan Hidayat, mengesahkan kejadian ini dan telah melakukan siasatan terhadap hospital yang terlibat. - eBerita
No comments:
Write comments