Saturday 15 April 2017

Dibelasah & Motor Dibakar Oleh Abang Gadis WeChat


Aplikasi WeChat sememangnya terkenal di Malaysia dan banyak diguna pakai terutamanya oleh remaja-remaja di negara ini. 

Selain sebagai alat komunikasi, aplikasi itu juga turut dipandang negatif oleh masyarakat kerana banyak kes-kes berlaku berkaitan dengan aplikasi terbabit.

Terbaru, seorang lelaki dibelasah manakala motornya pula dibakar gara-gara mengenali seorang gadis melalui aplikasi sosial popular itu.

Lapor Astro Awani, lelaki itu dibelasah oleh abang kepada gadis tersebut dan dia mengalami kecederaan di tengkuk.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 malam Khamis itu, lelaki berkenaan dikatakan pergi ke rumah gadis terbabit untuk menjemputnya dan berjumpa anggota keluarganya di Taman Angsana, Pokok Sena, Kedah.

Namun, sebaik sahaja tiba, abang gadis berkenaan menerpa keluar dan memarahi mangsa sebelum membelasahnya sehingga mengalami kecederaan di tengkuk.

Lelaki itu kemudian dikatakan telah menendang motosikal mangsa sebelum membakarnya setelah membuka tangki minyak.

Mangsa kemudian melarikan diri dan meminta bantuan dari jiran yang kebetulan berada di hadapan rumhanya.

Mangsa kini berada di Hospial Sultanah Bahiyah Alor Setar dan berada dalam keadaan stabis.

Astro Awani berkata, kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin. - Astro Awani

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments