Thursday, 8 June 2017

Kisah Hantu Naik Uber Kena Caj 85 Sen Di P.Pinang


SEORANG pemandu Uber terpaksa berhadapan dengan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan daripada pelanggan pada pukul 12.17 tengah malam baru-baru ini.

Melalui perkongsian di laman Facebook, pemandu Uber ini dihubungi untuk mengambil seorang pelanggan di Mount Erksine, Pulau Pinang di satu lokasi yang tidak diketahui.

Berpandukan peta pada aplikasi Uber, pemandu tersebut menerima permintaan daripada nama Joi dan bergerak ke tempat yang ditandakan pada peta.


“Aku terus je ikut direction yang maps tu bawak aku. Sampai sampai aku tengok depan mata aku adalah kubur Cina. Aku dah mula hairan tapi aku layan dulu mana tau customer tu baru lepas siram kubur mak dia ke.

“Tapi yang syoknya, dekat fon aku peta tu pon cakap we are arrived. Aku tengok keliling aku gelap takda sapa pulak yang duk tunggu,” katanya.

Keadaan lebih menyeramkan apabila aplikasi Uber tergendala (offline) sebelum menyedari ada haruman wangi di dalam keretanya.

“Aku dah mula memang dah rasa lain dah ni. Tapi nak sedapkan hati aku, aku layan je cakap sorang sorang ‘aku dah sampai sini sapa nak bayar trip aku ke sini ni ha’?” katanya.

Pemandu tersebut melihat kembali butiran yang dihantar pelanggan namun tiada maklumat yang diperolehi selain jarak penghantarannya adalah 0.01 kilometer dengan caj RM0.85 sen.

“Gila apa distance dekat macam itu kau nak naik uber?” katanya.

Dia kemudiannya meneruskan perjalanan dan berhenti di sebuah stesen minyak bagi menghilangkan penat.


“Lepas tu aku ke kereta aku balik aku perasan bau wangi tu ada lagi. Aduh dia tak belah lagi ka, aku syak ada benda dari kubur tu follow aku.

“Lepas tu aku dah malas layan buang masa sebab memang sumpah seram sejuk dah masa tu. Aku beranikan juga cakap masa aku nak masuk kereta.

“Aku nak balik dah ni hang turun jangan duk ikot aku, aku nak balik. Lepas 5 minit bau tu hilang. Ya Allah leganya hati aku, terus aku call bini aku cakap dah dalam perjalanan balik dan aku trus drive balik,” katanya.

Jelasnya, kejadian tersebut merupakan pengalaman tidak baik sepanjang bergelar pemandu Uber namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk mencari rezeki.

Nampaknya, kecanggihan teknologi bukanlah halangan bagi seseorang untuk tidak diganggu perkara mistik. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments