PELAKON dan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau lebih mesra dipanggil Jupe dilaporkan telah meninggal dunia di Jakarta pagi Sabtu.
Berita sedih ini dimaklumkan oleh adik bintang itu, Nia Anggia menerusi laman Instagram. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cipto Mangunkusumo.
“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez.
“Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI,” tulisnya.
Jupe, 36, yang menderita barah serviks tahap empat menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tempat dia menerima rawatan di Jakarta.
Perkongsian itu ternyata mengejutkan ramai peminat Jupe termasuk media Indonesia. Allahyarhamah baru-baru ini difahamkan menjalani pembedahan besar akibat penyakit yang dialaminya.
Aktres ini merupakan anak kepada pasangan pemain bola sepak, Angkasa Jaya dan pemain bola tampar, Sri Wulansih. Dia merupakan graduan undang-undang dari Universiti Bung Karno, Jakarta
Allahyarhamah hanya mengetahui dia menghidap kanser pada tahun 2014 dan kemudian menerima rawatan di sebuah hospital sejak empat bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments