Tuesday, 13 June 2017

Gaun Turun Temurun Ini Sudah Berusia 122 Tahun


GAUN pengantin yang dipakai oleh Abigail Kingston semasa perkahwinannya dengan Jason Curtis ini merupakan gaun turun temurun, dengan kali pertama ia dipakai oleh moyangnya, Mary Lowry Warren pada 1895.

Ini bermakna gaun ini sudah berusia 122 tahun dan Abigail menjadi orang ke-11 yang memakainya pada hari perkahwinannya pada Oktober 2015 lalu.

“Ketika saya masih kecil, ketika saya bermain piano di rumah ibu bapa saya, terdapat gambar yang menunjukkan enam pengantin pertama yang memakainya dan itu yang saya fikirkan, suatu hari nanti (memakai gaun),” katanya yang dilahirkan di Pennsylvania.

Ibu Abigail pula iaitu Leslie memakainya pada 1977.

Namun bukan mudah bagi Abigail kerana ia sudah berwarna kekuningan dan penuh dengan lubang, disebabkan terlalu lama.

Selepas 200 jam pemulihan semula dilakukan oleh pakar, barulah dia dapat memakainya itu pun untuk seketika. – Mynewshub.cc

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments