Saturday, 15 April 2017

Wanita selekeh, himpun wang RM190 juta di rumah pangsa


LAGOS: Badan antidadah Nigeria menemui dan merampas wang tunai berjumlah AS$43 juta (RM190 juta) yang ditemui di rumah pangsa di Lagos.

Pihak berkuasa menyelongkar rumah pangsa tersebut selepas mendapat maklumat berkaitan seorang wanita yang tampak malu dengan pakaian kotor membawa karung plastik ke luar dan masuk rumah pangsa berkenaan.

Wang puluhan juta dolar itu dipercayai berkaitan kegiatan jenayah, namun badan antirasuah Nigeria, Badan Jenayah Kewangan dan Ekonomi (EFCC) belum lagi membuat tangkapan.


Mac lalu, badan antirasuah Nigeria turut merampas wang tunai AS$155,000 (RM682,000) di Lapangan Terbang Kaduna, utara Nigeria.

Dalam penemuan terbaharu di Lagos itu, selain wang tunai tersebut, polis turut merampas sekitar £27,800 (RM153,000) dan sekitar 23 juta naira (mata wang Nigeria) di flat terletak di mukim Ikoyi itu.

Wang tersusun rapi dalam bungkusan di dalam almari dan rak.


Penjaga mengatakan kepada EFCC bahawa rumah tersebut tidak didiami sesiapa, akan tetapi seorang wanita muncul sekali-sekala membawa karung.

Wanita tersebut disyaki menyamar agar kelihatan selekeh.

Namun, samaran tersebut tidak sesuai dengan penampilan luarannya itu! – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments