GARA-gara ingin mengajar isterinya kerana menukar nama keluarga, seorang lelaki telah mencurahkan simen ke dalam kereta kesayangan wanita itu sebagai membalas dendam terhadap wanita berkenaan.
Lelaki itu, yang tidak dinamakan, telah menjadi berang apabila nama keluarga mereka ditukar kepada Veniy, iaitu sempena nama rangkaian pasaraya di Rusia.
Pasaraya itu menjanjikan wang sebanyak RM3,800 sebulan kepada sesiapa yang sanggup menukar nama keluarga mereka kepada Veniy. Ia merupakan salah satu promosi yang dijalankan oleh pasaraya berkenaan.
Ironinya Veniy bermaksud setia.
Lelaki itu mengakui rumah tangganya dengan wanita berkenaan sedang berantakan. Perbuatannya yang membawa sebuah lori simen dan kemudian mencurahkan simen ke dalam kereta isterinya telah dirakamkan dan dimuatnaik ke media sosial.
Selepas melihat keadaan kereta itu, ramai netizen yang ingin menyaksikan wajah isterinya apabila melihat kereta kesayangannya dipenuhi dengan simen. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments