Monday, 17 April 2017

2 Beranak Maut Terperangkap Dalam Sauna


PRAGUE – Dua wanita maut akibat terperangkap dalam sebuah sauna di utara Republik Czech selepas pemegang pintu tertanggal.

Jurucakap polis Iva Kormosova dalam satu kenyataan berkata, mangsa, ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 65 dan 45 tahun sedang menikmati sauna di premis milik rakan mereka dalam sebuah taman.

“Pemilik menganggap kedua-dua mangsa mengambil masa terlalu lama untuk keluar, justeru beliau datang untuk memeriksa dan mendapati mereka terbaring di lantai,” katanya sambil menambah mangsa berada dalam sauna selama 90 minit.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

“Pemegang pintu sauna patah dan wanita terbabit terperangkap. Mereka cuba memecahkan tingkap pada pintu namun gagal,” kata Kormosova.

Polis berkata, kemalangan berlaku berhampiran bandar Jicin di timur laut bandar ini petang kelmarin. – AFP/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments