SATU persembahan yang diadakan oleh seorang lelaki yang berbogel di muzium seni di Sao Paulo telah mencetuskan kontroversi selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibenarkan menyentuh badan lelaki itu.
Kanak-kanak berkenaan menyentuh kaki dan tangan lelaki itu, Wagner Schwartz yang sedang berbaring di atas lantai.
Ia menyebabkan orang ramai dan pemimpin politik mendesak tindakan diambil ke atas Schwartz.
Mereka menyifatkan ia sebagai menjijikkan dan tidak boleh diterima kerana ia dipenuhi dengan unsur erotik, paedophilia dan lucah.
Schwartz, yang telah mengadakan persembahan bogel sejak beberapa tahun lalu menggelar hasil kerjanya sebagai `La Bete’.
“Ketika saya berbogel, saya membenarkan penonton untuk berinteraksi dengan badan saya. Mereka dijemput untuk memegang atau memanupulasi badan saya dalam gerakan berbeza,” katanya.
Dalam pada itu, penganjur persembahan itu, Museum of Modern Art (MAM) menafikan persembahan itu berunsur erotik sebaliknya memberitahu ia dijalankan dalam persekitaran tertutup.
“Kanak-kanak itu bersama dengan ibunya yang juga seorang artis. Anaknya meminta untuk melihat persembahan itu dan telah diberikan penjelasan mengenainya.
“Kanak-kanak itu mahu mengambil bahagian dan dengan pemantauan ibunya, dia dibenarkan melihat persembahan bogel itu,” kata penganjur. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments