Wednesday, 25 October 2017

X-Ray Jari Patah Elvis Bakal Dilelong


KALAU dah terkenal, apa sahaja barangan individu terbabit akan menjadi rebutan. Ini termasukkan X-ray yang menunjukkan tulang tangan lagenda Elvis Presley yang patah selepas dia membuat persembahan karate.

X-ray berkenaan akan dilelong bulan depan. X-ray itu dibuat selepas doktor Elvis iaitu Dr. Elias Ghanem mengarahkan selebriti berkenaan membuat pemeriksaan.

Ia dirakamkan pada 9 September 1973. Kini selepas 44 tahun, x-ray berkenaan akan dilelong.

Harga lelongan dijangka mencecah lebih RM30,000. Jualan lelong itu dijadualkan pada 4 November ini.

Elvis yang digelar sebagai Raja Rock n Roll dilahirkan di Missisippi dan karier muziknya bermula pada 1954 apabila dia merakamkan lagu dengan penerbit Sam Phillips.


Dia merupakan pemuzik yang berpengaruh dengan jualan albumnya direkodkan sekitar 600 juta unit di seluruh dunia.

Pemuzik yang digelar ‘Elvis The Pelvis’ ini ditemui terbaring di dalam bilik air rumahnya di Memphis. Dia dikejarkan ke hospital namun menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di hospital.

Penyebab kematiannya masih menjadi misteri tetapi berdasarkan post-mortem, Elvis dikatakan meninggal dunia akibat cardiac arrhythmia, iaitu salah satu jenis serangan jantung. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments